SITI Nordiana.
SITI Nordiana.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Siti Nordiana tampil dengan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia yang boleh ditonton bermula 16 April lalu hingga 16 Mei ini.

Konsert yang dibawa secara eksklusif oleh Pepsi itu turut menampilkan tiga bakat tempatan iaitu penari Bell; pemain bola sepak gaya bebas, Aidil dan penyanyi Syafeek yang memenangi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent, baru-baru ini.

Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik PepsiCo, Salman Butt berkata, muzik adalah cara utama mereka untuk berhubung dengan peminat.

"Kami sedar bahawa penggemar muzik di Malaysia sudah lebih setahun tidak dapat menghadiri konsert akibat penularan Covid-19. Jadi, kami memutuskan untuk membawakan Konsert AR yang pertama kali diadakan di Malaysia.

Untuk menonton konsert ini, peminat perlu membeli sebotol Pepsi Black Raspberi dan ikuti arahan selanjutnya di laman web pepsiARconcert.com.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo, Jennifer Lee berkata, selain menampilkan bakat-bakat tempatan, ia membuka lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia menonjolkan diri dan mencapai impian mereka.

"Tiada cara yang lebih baik berbanding mengangkat bakat-bakat tempatan dan menawarkan kepada mereka sebuah platform untuk mereka mempamerkan keberanian dan keazaman mereka.

"Konsert ini menampilkan bakat-bakat tempatan yang terbaik serta membuka wadah baru untuk rakyat Malaysia menonjolkan diri dan mencapai impian mereka, sesuai dengan matlamat Pepsi dalam memperjuangkan generasi masa kini yang tekad lagi berani, dan sentiasa membawakan keterujaan dan pengalaman baru kepada pengguna di Malaysia," katanya.

Terdahulu, menerusi cabaran uji bakat #PepsiBoldTalent, ketiga-tiga bakat terbabit mempamerkan aksi cemerlang dan terbaik daripada 3,000 video uji bakat yang dihantar sekali gus membolehkan mereka muncul sebagai juara pertandingan #PepsiBoldTalent.

Dalam pada itu, Bell yang juga pelajar berusia 22 tahun, mempelajari sendiri teknik tariannya selama tiga tahun dan berharap untuk menggunakan pendedahan ini bagi mencontohi kejayaan penari idolanya.

Aidil pula mahu menggunakan peluang ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai sukan bola sepak gaya bebas, manakala Syafeek berharap pendedahan yang diterima akan menyumbang kepada kejayaan yang lebih besar sebagai penyanyi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Mei 2021 @ 4:28 PM