Oleh Suliati Asri

Pepsi menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBR) menerusi penganjuran Konsert Augmented Reality (AR) yang pertama di Malaysia yang diadakan, baru-baru ini.

Konsert AR yang ditawarkan secara eksklusif untuk peminat perisa Pepsi Black Raspberi dalam tempoh terhad iaitu dari 16 April hingga 16 Mei mendapat sambutan luar biasa.

Menerusi konsert itu, peminat dapat menyaksikan artis popular Siti Nordiana mempersembahkan lagu terbarunya selain menampilkan tiga pemenang cabaran ujibakat #PepsiBoldTalent iaitu Bell yang juga seorang penari, Aidil pemain bola sepak gaya bebas dan Syafeek yang juga seorang penyanyi.

Untuk menyaksikan konsert, peminat diminta mendapatkan sebotol Pepsi Black Raspberi, melayari laman sesawang konsert AR, mengimbas botol dan seterusnya menyaksikan konsert yang dimainkan pada botol itu.

Pengarah Pemasaran Kanan APAC PepsiCo, Salman Butt berkata, pengguna sentiasa menjadi tumpuan utamanya dalam apa juga perkara yang dilakukan pihaknya.

Katanya, sebagai jenama yang menggunakan muzik untuk berhubung dengan peminat, PepsiCo sentiasa berusaha mencari cara baru untuk berkongsi muzik bersama peminat dalam situasi pandemik ini lebih-lebih lagi apabila acara secara langsung tidak dibenarkan.

"Keputusan menganjurkan Konsert Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia ini adalah cara PepsiCo menyalurkan semangat perintis jenamanya dan keperibadian berani Pepsi Black, sambil menawarkan peluang baru kepada pengguna untuk mencabar kelaziman," katanya.

Sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records itu disampaikan oleh Perunding Rekod Kanan Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh dan diterima oleh Ketua Pemasaran Minuman PepsiCo Jennifer Lee.

Menurut Jennifer pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records itu amat bermakna buat PepsiCo.

"Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman baru dan keriangan kepada peminat setia serta pengguna di Malaysia.

"Justeru, kami berharap orang ramai yang menyaksikan Konsert AR peroleh pengalaman menyegarkan dengan kombinasi cara baru untuk menikmati muzik menerusi lagu terbaru Siti Nordiana dan bakat tempatan baru yang mungkin tidak dikenali kebanyakan rakyat Malaysia," katanya.

Konsert AR pertama di Malaysia oleh Pepsi itu dijayakan Entropia, syarikat yang bekerjasama rapat dengan pasukan Pepsi di Malaysia - bermula daripada penghasilan idea kempen, penerokaan teknologi, persediaan dan seterusnya pelaksanaan konsert AR.

Rakan kongsi di Entropia Group dan Ketua Realiti Di perluaskan (EXR) Entropia, Ramakrishnan CN berkata, untuk memenuhi keperluan jenama berani seperti Pepsi, pihaknya berusaha merintis pengalaman dan meneroka lembaran baru yang akan mendorong perubahan.

"Kami sentiasa berusaha mencipta semula cara jenama berhubung dengan pengguna dan menerima perubahan dalam pengalaman jenama juga sangat membantu untuk terus mendahului pasaran.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Pepsi Malaysia dalam merintis penggunaan AR dalam pemasaran," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari dan ikuti halaman media sosial Facebook: Pepsi Malaysia (MY) dan Instagram: @pepsimy.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 12:01 PM