Siti bersama anaknya Siti Aafiyah. FOTO ROHANIS SHUKRI
Siti bersama anaknya Siti Aafiyah. FOTO ROHANIS SHUKRI
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Cyberjaya: Anak sulung penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah adalah seorang yang mudah untuk belajar dan dididik.

Siti, 42, berkata, Aafiyah yang bakal menyambut ulang tahun ketiga esok juga disifatkan sebagai anak yang sangat aktif.

"Aafiyah seorang yang sangat kalau suka, dia akan tunjuk. Contohnya malam tadi sempat buat latihan untuk majlis hari ini. Apabila masuk ke dalam dewan dan nampak poster gambar wajahnya, dia terus teruja. Sebut saja nama, dia lagi teruja.

"Saya gembira dengan perkembangan ditunjukkan Aafiyah. Mungkin dia teruja sebab sudah mula tahu dan faham. Sebelum ini dia tak pernah kena serbu. Jadi, dia agak terkejut sikit hari ini. Kalau tak, dia akan lompat-lompat.

"Alhamdulillah, Aafiyah anak yang mudah untuk belajar untuk dididik. Dia juga sangat aktif. Jadi, saya bersyukur," katanya.

Pada majlis pelancaran produk minuman Beaukids, Aafiyah diumumkan sebagai duta sekali gus menjadi duta kecil kepada empayar perniagaan Siti iaitu CTDK Holdings Sdn Bhd.

"Sebagai legasi yang saya nak teruskan supaya anak-anak saya terbabit dalam perniagaan. Aafiyah tahu ibu bapa dia ahli perniagaan selain saya sebagai penyanyi.

"Dari sisi lain, nak berjaya dalam perniagaan. Dari kecil, saya dulu berniaga kuih. Bagi saya, sesuatu yang baru untuk dia," katanya.

Selain pelancaran produk itu, Siti turut melancarkan single dan video muzik Medley Klasik Siti 1.

Album Legasi mengandungi tujuh lagu termasuk lagu khas buat anak kedua yang dijangka dilahirkan bulan depan berjudul Anakanda.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 5:01 PM