TANGKAP layar Instagram Story Neelofa, hari ini.
TANGKAP layar Instagram Story Neelofa, hari ini.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Nama pengacara popular Neelofa kembali mendapat perhatian netizen apabila melihat sebentuk cincin yang dipakai di jari manisnya didakwa mirip cincin merisik yang diberikan keluarga pendakwah bebas, PU Riz sebelum ini.

Menerusi perkongsian Neelofa ketika mempromosikan produk pakaian terbaharu milik ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Story, Neelofa dilihat mengenakan cincin yang menyerupai cincin merisiknya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada cincin yang dipakainya itu adalah cincin risik atau salah satu koleksi peribadinya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Neelofa sudah tidak lagi mengenakan cincin merisik ketika hubungannya dengan PU Riz dikatakan sedang dilanda masalah.

Sehingga kini status hubungan pasangan itu masih menjadi tanda tanya selepas dikatakan dilanda badai sekitar akhir tahun lalu.

PU Riz juga masih belum membuka mulut bagi menjelaskan status terkini hubungannya bersama Neelofa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 6:08 PM