PU Riz dan Neelofa. FOTO IG
PU Riz dan Neelofa. FOTO IG
Najiy Jefri

TIADA angin tiada ribut, nama pasangan selebriti yang dijangka bernikah pada tahun depan iaitu PU Riz dan Neelofa hangat diperkatakan netizen susulan beberapa foto tangkap layar Instagram Story adik-beradik Neelofa menjadi tular, sejak semalam.

Lebih mencuri perhatian, foto merisik PU Riz dan Neelofa khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram selain ibu dan adik-beradik personaliti popular itu dikatakan sudah tidak mengikuti PU Riz atau nama sebenarnya di media sosial.

Bagaimanapun tinjauan Harian Metro sebentar tadi mendapati PU Riz dan Neelofa masih saling mengikuti di antara satu sama lain.

Sebelum ini, kecoh apabila kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Storry didakwa ditujukan kepada seseorang.

Selain Nabila, adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan serta sepupu-sepupu mereka turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram Story masing-masing.

Lebih mencurigakan, ibu Neelofa, Noor Kartini juga membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.

Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz 'sayang' dalam satu video mereka di YouTube. 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 1:31 PM