Qody Rany
Qody Rany
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI Qody Rany, 26, tidak mahu mendedahkan mengenai perkahwinan dan isterinya kerana tidak mahu tempias populariti terkena kepada keluarga.

Qody yang juga pemenang tempat ketiga program Big Stage 2020 berkata, dia lebih selesa untuk mengasingkan antara kisah peribadi dengan karier seninya.

"Saya tak banyak berkongsi mengenai rumah tangga dan tak semua orang tahu saya sudah bergelar suami.

"Saya selesa untuk tidak terlalu menonjolkan isteri dan keluarga di media sosial kerana takut kalau apa-apa berlaku kepada saya, mereka akan turut terkena tempiasnya," katanya yang berkahwin dengan Nurul Atiqah, 5 Mac lalu.

Disebabkan statusnya sebagai suami tidak diketahui ramai, Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani pernah menerima mesej daripada pengikut wanita di Instagram yang mahu berkenalan dengannya.

"Saya layan dan balas seperti biasa. Lagipun, isteri tahu mengenainya dan dia pun boleh mengakses akaun media sosial saya. Sebagai suami, saya tahu batasan saya," katanya yang popular dengan lagu Satu Malam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 2:37 PM