PENYANYI Qody dan pasangannya, Nurul Atiqah Mohd Fuad selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kampung Kumpulan Langkawi. FOTO Ihsan keluarga
PENYANYI Qody dan pasangannya, Nurul Atiqah Mohd Fuad selepas majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kampung Kumpulan Langkawi. FOTO Ihsan keluarga
Hamzah Osman

DENGAN sekali lafaz, penyanyi, Qody, 24, sah menjadi suami kepada Nurul Atiqah Mohd Fuad di Langkawi, malam tadi.

Qody atau nama sebenar Rossaidi Abdul Rani yang juga naib juara Mentor Milenia 2016 menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM9,000, selain tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Kampung Kumpulan, 9.30 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fuad Abdullah disaksikan imam masjid kampung itu, Asri Mat.

Antara rakan artis yang turut hadir menyaksikan pernikahan itu ialah Black Hanifah.

Qody ketika dihubungi mengesahkan berkahwin dengan gadis pilihannya.

“Majlis kenduri pihak perempuan berlangsung malam ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 12:08 PM