SHUKRI bersama anak lelaki. FOTO IG SHUKRI.
SHUKRI bersama anak lelaki. FOTO IG SHUKRI.
Najiy Jefri

 

 

PELAKON Shukri Yahaya berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata lelaki, jam 2.18 petang hari ini. 

Shukri berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kelahiran anak keduanya itu. 

"Alhamdulillah, hari ini jam 2.18 petang lahirlah adik lelaki Aaira Ameena. Terima kasih kepada semua yang doakan untuk kesihatan, keselamatan mommy Tya Adnan dan cahaya mata ini. 

"Harap Allah akan balas beribu lagi kebaikan pada semua yang mendoakan. Amin," kongsinya di Instagram. 

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya pada 2015 dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, Tya pernah alami keguguran pada April tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2020 @ 6:34 PM