SHUKRI bersama keluarga tercinta. FOTO INSTAGRAM SHUKRI YAHAYA
SHUKRI bersama keluarga tercinta. FOTO INSTAGRAM SHUKRI YAHAYA
Najiy Jefri


PELAKON, Shukri Yahaya mengakui sudah mempunyai nama untuk cahaya mata kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Shukri bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi nama yang bakal diberikan.

"Kita tunggu nanti bila baby sudah keluar baru saya umumkan. Tak 'surprise' lah kalau kongsikan sekarang.

"Kami begitu teruja menantikan kelahiran cahaya mata kedua ini. Sebab yang sulung anak perempuan dan yang kedua ini insya Allah, bayi lelaki. Alhamdulillah semua kelengkapan sudah disediakan ," katanya.

Shukri yang mendirikan rumah tangga bersama Tya Adnan pada 2015 telah dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena, 4.

Bagaimanapun, Tya pernah alami keguguran pada April tahun lalu.

Sementara itu, Shukri mengakui pendapatannya turut terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

"Tiada apa yang boleh dilakukan sepanjang tempoh berkenaan dan saya pula tiada perniagaan. Jadi, saya terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri perbelanjaan.

"Kini saya berasa lega kerana aktiviti lakonan boleh dimulakan semula. Kalau tidak, ia pastinya menjejaskan kewangan saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 4:38 PM