KATY Perry.
KATY Perry.
Agensi

PENYANYI pop sensasi Amerika, Katy Perry mendedahkan dia mengalami tekanan teruk dan berasa tidak selamat sejak hamil anak pertamanya dengan pelakon Orlando Bloom.

Situasi lebih tegang dilalui Katy, 35, apabila album terakhir berjudul Witness dihasilkan pada 2017 dianggap gagal kerana tidak meledak dalam carta lagu popular seperti diharapkan. 

Pada wawancaranya di The Seven's Channel Morning Show Australia, baru-baru ini, Katy berkata dia mengalami tekanan teruk dan sentiasa berasa tidak tenang sejak hamil. 

"Kesihatan mental saya agak terjejas apabila album Witness 2017 dilihat tidak mendapat sambutan dan diterima dengan baik seperti album-album dihasilkan sebelumnya. 

"Walaupun album Witness 2017  disenarai dalam carta Billboard 2000, tetapi hanya lagu Chained To The Rhythm sahaja popular manakala lagu-lagu saya yang lain tidak begitu bernasib baik. 

"Sejujurnya, saya berasa amat sedih kerana kegagalan album Witness 2017 itu. Apatah lagi, ia adalah album terakhir. Saya menjadi sangat kecewa dan tertekan secara klinikal.

"Saya juga sering berasa tidak selamat dan harus lebih aktifkan diri. Sama ada secara emosi, rohani, dan psikologi saya terjejas kerana sentiasa berada dalam keresahan yang tidak difahami," katanya. 

Dalam kerjaya muzik dibina, Katy sangat dikagumi ramai terutama peminat tegarnya. Malah, dia juga sudah mengecap tahap populariti tertinggi apabila memenangi banyak anugerah menerusi sejumlah lagunya yang hits.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 10:08 AM