IPPO Hafiz bakal terima cahaya mata.
IPPO Hafiz bakal terima cahaya mata.
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI dan komposer, Ippo Hafiz, 31, meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Farahin Roslan, 32, disahkan hamil tiga bulan.

Ippo ketika dihubungi berkata, dia lega apabila semuanya berjalan lancar, cuma di peringkat awal isterinya ada mengalami sedikit alahan.

“Saya sentiasa berdoa supaya dikurniakan cahaya mata yang sihat. Saya tak kisah sama ada dikurniakan bayi lelaki atau perempuan. Paling penting adalah kesihatan bayi itu dan semoga kelahirannya dipermudahkan," katanya.

Ippo berkata, anak angkatnya Cinta Rizky Amanda yang dijaga sejak empat tahun lalu juga sangat teruja menantikan kehadiran cahaya mata itu.

“Amanda juga sangat teruja kerana dia tahu tak lama lagi dia akan dapat adik. Insya-Allah, selepas ini kehidupan Amanda akan lebih riuh dengan kehadiran cahaya mata ini," katanya.

Ippo dah Farah berkenalan pada 2018 ketika kedua-duanya bekerjasama dalam pembikinan video muzik lagu berjudul Saat Bahagia dan berkahwin pada 24 Ogos tahun lalu.

Terbaru, Ippo kini sedang mempromosikan single ter, Seadanya Aku yang juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Seadanya Aku lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang ditayangkan di slot Akasia TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 January 2020 @ 6:33 PM