IPPO Hafiz akan hasilkan satu album mini untuk memuatkan lagu bertemakan perkahwinan. FOTO Arkib NSTP
IPPO Hafiz akan hasilkan satu album mini untuk memuatkan lagu bertemakan perkahwinan. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Ippo Hafiz, 30, kini sudah 70 peratus menyiapkan persediaan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 24 Ogos depan.

Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz juga memberitahu, dia kini sedang menyiapkan tiga lagu bertemakan perkahwinan, khas untuk majlis hari bahagianya itu.

"Alhamdulillah, setakat ini persiapan dah 70 peratus siap termasuklah tempat untuk majlis persandingan.

"Selain itu, saya juga sedang menyiapkan dua ke tiga lagu untuk dijadikan lagu tema majlis perkahwinan," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya tujuannya menghasilkan lagu khas untuk majlis perkahwinannya, Ippo berkata, itu adalah sebagai satu daripada karya seninya.

"Sebelum ini, saya banyak hasilkan lagu tema untuk drama. Jadi, saya terfikir, apa kata saya buat lagu tema untuk majlis perkahwinan sendiri.

"Insya-Allah, saya akan hasilkan satu album mini untuk memuatkan lagu bertemakan perkahwinan ini.

"Saya juga akan muatkan single terbaru saya iaitu Saat Bahagia yang juga bertemakan perkahwinan dan cinta," katanya.

Ippo berkenalan dengan bakal isterinya, Fara Roslan ketika bekerjasama dalam pembikinan video muzik Saat Bahagia dan tidak mahu menunggu lama untuk melangkah ke jinjang pelamin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 5:35 PM