Ippo Hafiz bersama isteri dan anaknya.
Ippo Hafiz bersama isteri dan anaknya.
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Fara Roslan yang kini memasuki usia tiga bulan.

Ippo ketika dihubungi meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada keluarga kecilnya.

"Alhamdulillah, sebenarnya sejak awal Jun lalu kami sudah tahu mengenai kehadiran cahaya mata ini. Namun, waktu itu terlalu awal untuk dikongsikan.

"Sekarang, sudah masuk tiga bulan kandungan isteri saya. Saya mohon semua dapat doakan agar segala urusan dipermudahkan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ippo, mereka tidak memilih jantina bayi, sebaliknya sudah mempersiapkan nama untuk kedua-dua jantina.

"Kami tak kisah sama ada bayi lelaki atau perempuan sebab kami dah ada nama Amanda dan Yusuf. Jadi, kami dah siapkan nama untuk lelaki dan perempuan," katanya.

Ippo dan Fara berkahwin pada 24 Ogos 2019. Sebelum itu, Ippo mengambil anak angkat, Cinta Rizky Amanda.

Pada 5 Ogos tahun lalu, pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Yusuf Zarin Nur.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 6:28 PM