ANUGERAH 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh yang diterima Fasha Sandha lebih bermakna apabila suami, Aidil Aziz turut hadir menyaksikannya. FOTO Ihsan Fasha Sandha
ANUGERAH 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh yang diterima Fasha Sandha lebih bermakna apabila suami, Aidil Aziz turut hadir menyaksikannya. FOTO Ihsan Fasha Sandha
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON Popular Fasha Sandha mahu menjadikan anugerah diterima sebagai pembakar semangat untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan selepas ini.

Fasha menerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh diberikan Entrepreneur Insight yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Turut sama menerima anugerah terbabit penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

“Saya tidak menyangka nama disenaraikan untuk menerima anugerah ini.

“Saya terharu dan sangat berterima kasih atas anugerah yang diberikan.

“Tidak sangka kerja keras sepanjang dalam industri seni tempatan dipandang tinggi sehingga membolehkan saya diberikan anugerah ini,” katanya.

Lebih menggembirakan Fasha apabila suami tersayang Aidil Aziz turut hadir menyaksikan pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri Chinta itu menerima anugerah.

Fasha turut mendedikasikan anugerah diterima kepada keluarga dan anak yang selama ini menjadi pembakar semangat untuk dia bekerja keras sepanjang bergelar anak seni.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 4:35 PM