KHAI bersama anak ketiganya, Nur Alya Dhania yang lahir di sebuah hospital di Bangi semalam. FOTO Instagram Khai
KHAI bersama anak ketiganya, Nur Alya Dhania yang lahir di sebuah hospital di Bangi semalam. FOTO Instagram Khai
Syanty Octavia Amry


BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia musim pertama (AF1) Rosmayati Sidik atau Rosma, 33, selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah hospital di Bangi, jam 1.48 tengah hari, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh suaminya yang juga peserta AF1, Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi atau Khai di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Selamat pagi semua. Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Khai turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital.

"Terima kasih buat Doktor Noraini dan pembantu semua di Hospital az-Zahrah, Bangi atas layanan dan bantuan semua.

"Terima kasih juga di atas doa kalian semua keluarga, saudara mara, sahabat dan rakan di Facebook dan IG kami," tulisnya.

Dalam pada itu, Khai turut menyatakan terdapat tiga tarikh penting buatnya bulan ini.

"Dalam April ada tiga tarikh penting buat saya. 11 April (hari lahir Dhania), 16 April (hari lahir Rosma) dan 26 April (ulang tahun perkahwinan kami)," tulisnya.

Terdahulu, Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada 2008 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 9, dan Nur Amani Damia Mohd, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 April 2019 @ 6:30 PM