Ernie guna busana untuk menepati konsep Puteri Gunung Ledang. FOTO IG Ernie Zakri
Ernie guna busana untuk menepati konsep Puteri Gunung Ledang. FOTO IG Ernie Zakri
Noriza Sainal


GARA-gara memakai baju yang menyerlahkan bahagian dada ketika berduet dengan Azmirul di konsert akhir Mentor 7, Ahad lalu, penyanyi Erni Zakri teruk dikecam netizen di Twitter.

Ernie ketika dihubungi berkata busana digayakan itu menepati konsep Puteri Gunung Ledang seperti diinginkan.

"Namun, saya ada meminta pereka fesyen Amaze Atelier supaya membuat sedikit perubahan agar kelihatan lebih sopan.

“Baju itu okey saja, tiada apa yang salah kerana pereka pun menghormati permintaan saya supaya boleh digayakan dengan sopan”.

"Bagi saya, baju itu tidak kelihatan seperti berkemban sebagaimana ia digayakan watak Puteri Gunung Ledang yang kita sedia maklum,” katanya.

Terdahulu, pemakaian gaun berwarna merah hati itu mendapat perhatian netizen dan menganggap rekaan pada bahagian dada itu berbentuk baju dalam di bahagian luar serta tidak sopan.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 32 itu bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya berikutan kritikan itu.

“Tindakan saya menutup ruangan komen di Instagram supaya tiada lagi perkara-perkara negatif yang datang pada 2019”.

“Bagi Ernie, kita bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan, sebagai contoh gambar dimuat naik di Instagram itu bukanlah sesuatu yang salah dan pakaian itu tidak seharusnya menjadi isu,” katanya.

Penyanyi itu berkata jika perkara sebegitu berulang lagi, dia akan melakukan perkara sama, bergantung kepada keadaan.

“Jika ia adalah perkara negatif, Ernie tidak akan layan dengan membaca setiap komen yang diberikan, kerana ia hanyalah perkara kecil”.

“Namun ia tidak bermaksud Ernie tidak ambil peduli dan selagi gambar yang dimuat naik itu tidak melampaui batas, Ernie akan kongsikan di media sosial”.

“Ini kerana kecaman adalah perkara biasa buat anak seni dan ada ramai lagi berdepan situasi sama”.

“Cuma, Ernie perlu lebih berhati-hati dengan apa yang akan dimuat naik di Instagram atau Twitter,” kata pemilik suara lagu berjudul Misteri itu.

Terdahulu, Ernie bergandingan dengan protege Hafiz Suip, Azmirul menerusi persembahan lagu berjudul Bagaikan Sakti di pentas akhir Mentor 7, baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 6:13 PM