Jad Thaqif anak sulung Ajak Shiro.
Jad Thaqif anak sulung Ajak Shiro.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Walaupun saya ada pengetahuan, tapi dia (Jad Thaqif) lebih pengalaman. Dia lagi banyak rekod berbanding saya.

"Sudah sembilan jenazah dia mandikan… Baba doakan Allah berikan pahala selayaknya untuk anak baba ini," tulis Ajak Shiro dalam satu hantaran video di akaun Instagram miliknya.

Ajak yang juga pelawak bersyukur dan berbangga apabila anak sulungnya, Jad Thaqif yang sudah mampu melakukan tugas fardhu kifayah iaitu menguruskan jenazah.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak berkata, anaknya yang berusia 12 tahun itu telah membantu menguruskan sembilan orang jenazah setakat ini.

Difahamkan, Jad mengikut jejak langkah datuknya yang sudah mempunyai pengalaman selama 32 tahun menjadi pengurus jenazah.

Malah tinjauan di ruangan komen mendapati kebanyakan pengikut termasuk beberapa selebriti memuji kebaikan dilakukan Jad yang disifatkan sebagai anak soleh serta memiliki tutur kata yang sopan.

Harian Metro cuba menghubungi Ajak untuk mendapatkan reaksi serta komen lanjut mengenai kebaikan anak sulungnya itu, namun panggilan telefon dan WhatsApp tidak dijawab setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2022 @ 4:46 PM