Fiza Thomas merajuk. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Fiza Thomas merajuk. FOTO NURUL SHAFINA JEMENON
Syafil Syazwan Jefri

PELAKON dan penyanyi, Fiza Thomas, 25, mengakui separuh jiwanya sudah ‘merajuk’ dengan industri seni lebih-lebih lagi, bidang muzik.

Menurutnya, dia tidak mahu mengeluh, sebaliknya terus meneroka dan mencari pintu rezeki lain dalam bidang ini.

“Kalau tanya saya, sejujurnya 50 peratus dalam hati saya memang dah rasa merajuk. Saya bermula dengan muzik dan pernah ada single berjudul Teruskan selepas tamat dengan program realiti Akademi Fantasia 2016, namun tidak menjadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas, dia cuba sedaya upaya untuk menyerlahkan keberadaannya di dalam industri seni.

“Saya tak mahu mengeluh. Saya muncul di pelbagai acara supaya orang nampak yang saya masih lagi bergerak aktif di dalam industri.

“Tidak cukup dengan itu, saya sertai pelbagai sesi uji bakat untuk berlakon. Saya tak mahu jadikan apa yang saya alami sebagai satu masalah,” katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana Tuhan masih menurunkan rezeki buatnya.

Nama Fiza mula dikenali selepas membintangi drama bersiri Bini Aku Dari Neraka bersama beberapa pelakon lain antaranya, Sharifah Sakinah, Ungku Hariz dan ramai lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 November 2018 @ 3:36 PM