SinB
SinB
Georgie Joseph

Annyeonghaseyo! Malang buat anggota GFRIEND iaitu SinB yang terpaksa berehat selepas cedera di bahu ketika menjayakan konsert di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan peminat di Internet, SinB jelas kelihatan sukar untuk menggerakkan bahunya.

Perkara itu disedari peminat ketika GFRIEND mempersembahkan lagu Love Whisper. SinB dilihat berhati-hati menggerakkan tangannya namun masih mengikut koreografi tarian lagu itu.

Bagaimanapun, dia kelihatan sudah tidak dapat menahan kesakitan dan merehatkan tangannya di penghujung lagu.

Untuk persembahan itu, mereka sepatutnya perlu melakukan koreografi mendepakan tangan. Namun, SinB tidak mampu lagi berbuat demikian disebabkan kecederaan itu.

Kejadian itu bukan pertama kali menimpanya di atas pentas. Bahunya juga pernah terseliuh ketika menjadi penari sebelum bergelar penyanyi dulu.

Bagaimanapun, dia tetap menunjukkan semangatnya sepanjang konsert itu dan berjaya menghabiskannya. Namun, rasa tidak selesa pada bahagian bahu jelas mengganggu fokus di setiap persembahan.

Disebabkan itu, SinB terus berehat sejurus konsert berkenaan. Dia juga dikecualikan daripada menyertai anggota lain memenuhi jadual aktiviti selepas itu.

Menurut sumber, dia sebenarnya sudah menderita sakit bahu sejak sesi raptai lagi.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan tetap memutuskan untuk meneruskan persembahan demi peminat.

Kini peminat sangat bimbang dengan keadaannya terutama ketika konsert kumpulan itu masih berbaki di Hong Kong dan Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 9:32 AM