BABAK beraksi di helikopter antara tarikan utama.
BABAK beraksi di helikopter antara tarikan utama.
Amirul Haswendy Ashari

Filem pecah panggung Mission Impossible: Fallout (MI Fallout) yang kini ditayangkan mendapat pelbagai ulasan daripada pengkritik.

Elemen ‘twist & turns’ sudah menjadi sebahagian daripada kekuatan filem ini dan pengarahnya, Christopher McQuarrie sempat berkongsi kejutan tersendiri buat penonton, terutama peminat filem yang sudah memasuki edisi keenam ini.

Menurut McQuarrie, daripada banyak momen yang mengejutkan, dia sebenarnya merancang menghasilkannya dengan sisi berbeza.

“Sebenarnya ada babak lain yang sepatutnya diceritakan. Naratif bermula dengan meneroka sisi gelap Ethan apabila dia memberi tanggapan berbeza kepada watak John Lark dan perlu meyakinkan penonton dia adalah watak pengganas.

“Sepanjang naratif, kita akan terfikir, adakah dia memegang watak atau sedang memberi sisi gelap semula jadi selepas sekian lama? Atau adakah dia seronok melakukannya?” katanya.

Menurutnya, apabila naratif bermula, ia membawanya kepada babak yang sangat gelap dan Tom Cruise berjaya mengemudinya malah lebih gelap daripada disangkakan.

Namun, dia dilihat terlalu mendesak naratif ke arah itu walaupun hakikatnya filem ini tidak mahu ke arah itu.

ANTARA babak menarik dalam filem Mission Impossible Fall Out.
ANTARA babak menarik dalam filem Mission Impossible Fall Out.

Disebabkan sisi itu, dia agak bergelut dan pada ketika itu juga Cruise mengalami insiden patah kaki.

Produksi terpaksa menghentikan penggambaran dan sekali gus memberi masa untuknya melihat kembali kenapa cara dilakukan selama ini tidak berjaya.

“Dari situ juga timbulbahagian tengah penceritaan dan ‘twist’ terbesar muncul secara semula jadi. Ia menjadi kerana saya tidak terlalu menekankannya supaya elemen itu menjadi.

“Walaupun sudah dapat mengagak apa akan berlaku, ia seronok untuk ditonton dan saya tidak lagi bimbang apabila peminat filem itu menontonnya kelak,” katanya.

Dia rasa beruntung kerana banyak pihak memberi kelainan tersendiri di dalam babak kerana semuanya memberi persembahan yang terbaik.

Judul keenam Mission Impossible ini melihat kematangan Cruise membawa watak Ethan Hunt bergandingan dengan Henry Cavill yang memegang watak August Walker dan Rebecca Fergusson sebagai Ilsa Faust.

MISSION Impossible Fallout masih mengekalkan muka lama.
MISSION Impossible Fallout masih mengekalkan muka lama.

Dalam pada itu, pengarah turut mendedahkan mengapa Jeremy Renner tidak ada di dalam siri ini walaupun dia antara watak penting dan pernah muncul dalam MI Ghost Protocol pada 2011 dan MI Rogue Nation (2015).

Malah ada peminat mula mempertikai kenapa pelakon yang memegang watak sebagai ejen IMF, William Brant disisihkan.

McQuarrie yang juga penulis lakon layar untuk Rouge Nation dan Fallout berkata, ketika filem terbaru bermula, pihaknya belum mempunyai lakon layar.

“Ia agak sukar bagi kami untuk memberitahu siapa sepatutnya berada di dalam filem ini untuk jangka masa berapa lama dan hari apa kerana dia mempunyai komitmen dengan produksi Marvel,” katanya.

Walaupun Renner tidak muncul dalam Avengers Infinity War, difahamkan dia sedang membuat persiapan untuk watak lebih besar dalam Avengers 4 tahun depan.

Katanya, disebabkan perkara itu, dia tidak dapat mengagak dengan mudah sama ada pelakon itu dapat memberi komitmen penuh atau tidak.

“Sekiranya kami mempunyai skrip penuh, sudah semestinya kami akan katakan ya kerana pasti ia boleh diurus dengan baik.

“Malangnya kami tidak dapat mengagak bagaimanakah watak yang akan diserahkan kepadanya. Perkara ini disifatkan sebagai ‘waktu yang salah’ buatnya,” katanya yang agak sedih kerana Renner tidak dapat menyertai MI Fallout.

PELAKON British, Simon Pegg (duduk) sebagai Benji Dunn.
PELAKON British, Simon Pegg (duduk) sebagai Benji Dunn.

Namun, pengarah tidak menafikan seandainya ada MI 7 tidak mustahil Renner akan kembali.

Apatah lagi, watak Ving Rhames yang hanya muncul sebagai cameo dalam Ghost Protocol kini kembali sebagai watak utama.

Malah, seorang lagi pelakon, Simon Pegg sudah menyuarakan idea berkemungkinan besar akan ada sekuel MI.

Simon dilaporkan berkata, francais filem tidak menunjukkan sebarang tanda akan memperlahankan produksi.

“Saya membayangkan kami akan melakukan kerja gila lagi, jadi, ya! Jangan kata tidak!” kata Pegg.

MI Rouge Nation ditayangkan tiga tahun lalu dan ia adalah jarak masa paling pendek untuk sebuah filem francais muncul dengan judul baru.

MI Fallout ini menyaksikan misi IMF berakhir dengan tidak baik apabila watak antagonis, Solomon Lane (Sean Harris) kembali meletakkan dunia dalam bahaya.

MI Fallout mula ditayangkan di Malaysia semalam.

BABAK bergayut di tempat tinggi sering jadi pilihan di dalam Mission Impossible.
BABAK bergayut di tempat tinggi sering jadi pilihan di dalam Mission Impossible.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 12:46 PM