JENNIE BLACKPINK.
JENNIE BLACKPINK.
Georgie Joseph

Sejak kumpulan BLACKPINK diperkenalkan tidak lama dulu, ramai menyedari anggotanya, Jennie mengingatkan mereka kepada G-Dragon.

Mana tidaknya, raut wajah Jennie mirip penyanyi BIGBANG berkenaan selain cukup terkenal dengan cita rasa fesyen yang tinggi.

Tampil dalam satu sesi temu bual program Night of TV Entertainment baru-baru ini, Jennie ditanya mengenai perkara itu. Hos program itu memanggilnya G-Dragon versi wanita.

Apabila dipanggil dengan gelaran itu, Jennie ketawa besar dan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan buat dirinya.

“Saya tertarik dengan fesyen sejak kecil lagi. Saya banyak baca majalah fesyen dan mencuba pelbagai gaya berbeza.

“Apabila saya suka dengan apa yang saya pakai, ia membuatkan orang lain pun menyukainya,” katanya.

Pada sesi temu bual yang turut dihadiri anggota BLACKPINK lain, mereka berkongsi mengenai perkembangan terbaru.

Mereka teruja menjayakan rangka promosi lagu baru dan sangat merindui kesibukan bekerja.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 2:17 AM