Georgie Joseph


Dalam satu temu bual baru-baru ini, jurucakap YG Entertainment, Yang Hyun Suk mendedahkan sebelum BIGBANG diwujudkan, ada perancangan menggabungkan Jay Park, G-Dragon dan Taeyang sebagai kumpulan trio.

Hasrat itu bagaimanapun terpaksa dilupakan agensi itu apabila kerjaya solo ketiga-tiga penyanyi kegilaan ramai itu sedang berkembang mekar.

“Saya tak pernah buka mulut mengenai perkara ini tetapi itulah perancangan asal YG Entertainment.

“Bagaimanapun, sukar bagi kami merealisasikan hasrat ini memadangkan ketiga-ketiga mereka terlalu sibuk.

“Selepas mempertimbangkan segala aspek, kami menubuhkan BIGBANG dan kumpulan ini mencipta kejayaan luar biasa,” katanya.

Jay Park kemudian diperkenalkan sebagai anggota 2PM pada 2008. Namun setahun kemudian, penyanyi rap terkenal itu memutuskan untuk bergerak solo.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 2:29 AM