G-DRAGON
G-DRAGON
Georgie Joseph

[email protected].

Annyeonghaseyo!!! Sekian lama menanti akhirnya penyanyi G-Dragon memulakan khidmat ketenteraan. Dia kini berehat seketika daripada aktiviti seni bagi memberikan sepenuh perhatian terhadap komitmen barunya.

Berita itu sudah semestinya membuatkan pengikut setia penyanyi itu bersedih. Ini bermakna mereka tidak dapat melihat G-Dragon beraksi di atas pentas selama dua tahun.

Sementara itu, G-Dragon berharap kehadirannya di kem Cheorwon, Gangwon tidak diganggu peminat. Bagaimanapun, permintaan itu tidak diendah peminat yang berdegil mahu melihatnya buat kali terakhir.

Terdahulu, penyanyi itu mengumumkan dia tidak akan mengadakan sebarang majlis khas untuk peminat mahupun media sebelum melaporkan diri di kem. Dia mahu ke kem itu secara senyap.

Namun, ramai peminat melawat pusat latihan itu. Bukan sahaja dari Korea Selatan, malah ada sanggup datang dari China dan Jepun semata-mata mahu mengucapkan selamat tinggal kepada G-Dragon.

Masing-masing bawa bersama kain rentang dengan pelbagai ucapan dan kata-kata semangat. Malah, peminat fanatik itu berjanji akan setia menanti G-Dragon sehingga tamat perkhimatan.

Sebelum ini, G-Dragon ke Pulau Jeju untuk melancarkan kafe terbarunya dan beberapa peminat bertuah dapat merakamkan gambar bersamanya.

Sebaik majlis itu tamat, G-Dragon meluangkan masa bertemu peminatnya dan gambar yang dirakam itu tular di media sosial.

Anggota BIGBANG itu dijangka tamat perkhidmatan ketenteraan pada 26 November 2019. Sebelum ini, T.O.P pernah menyertai perkhidmatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 6:02 AM