Sekian lama berteka-teki dan peminat mahukan jawapan daripada mulut mereka sendiri, model terkenal Kiko Mizuhara akhirnya bersuara mengenai hubungannya dengan anggota Big Bang, G-Dragon.

Sudah lama diasak dengan persoalan itu, dia memberi kenyataan pada satu acara di Hong Kong baru-baru ini apabila sekali lagi soalan itu diajukan padanya.

“Kami cuma berkawan baik dan saya tidak kisah mengenai khabar angin itu,” katanya menjawab soalan yang mendakwa hubungan mereka juga sudah putus.

Kenyataan itu sekali gus meleraikan kekeliruan apakah sebenarnya status hubungan mereka kerana berita perpisahan dua selebiti itu pernah tersebar sebelum ini.

Dalam pada itu, peminat G-Dragon sendiri cukup risau apabila penyanyi itu banyak memuat naik kenyataan berbaur perpisahan di Instagram sejak khabar angin perpisahan itu tersebar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 6:46 AM