ZIZI (kiri) yang bertudung ketika menghadiri majlis perkahwinan adiknya, baru-baru ini.
ZIZI (kiri) yang bertudung ketika menghadiri majlis perkahwinan adiknya, baru-baru ini.
Syafil Syazwan Jefri


Penyanyi Zizi Kirana menerima baik pelbagai komen positif daripada netizen berhubung gambarnya memakai tudung yang dimuat naik di Instagram.

Zizi, 33, berkata, gambar itu bukan penampilan barunya, tetapi ia adalah apa yang dipakainya pada majlis perkahwinan adiknya, baru-baru ini.

“Terima kasih kepada yang memberikan komen positif,” katanya kepada RAP.

Zizi sememangnya dikenali dengan imej ‘berani mati’ juga mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan supaya dia akan bertudung serta menutup aurat selepas ini.

“Kepada yang mendoakan supaya menutup aurat, saya ucapkan terima kasih. Doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Zizi yang pernah menganggotai kumpulan The Fabulous Cats berkata, pujian netizen tidak bermakna dia perlu mengikut apa mereka mahukan.

“Saya tak mahu bertudung kerana mengikut kehendak netizen dan bukan kerana diri saya sendiri. Jadi, buat masa sekarang saya selesa dengan penampilan begini,” katanya.

Gambar dimuat naik Zizi itu menerima lebih 12,000 ‘like’ dan hampir 100 komen daripada netizen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 4:55 AM