Blogger minta maaf selepas siar berita tidak sahih. FOTO fail HM
Blogger minta maaf selepas siar berita tidak sahih. FOTO fail HM
Syanty Octavia Amry


SELEPAS didesak pelakon Rita Rudaini, portal hiburan yang menyiarkan berita kononnya bekas suami pertama Rita, Akbar Sahari sudah rujuk kembali dengan pelakon itu tampil dengan permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Portal berkenaan memuat naik kenyataan meminta maaf kepada Rita dan keluarganya beberapa jam selepas Rita mendesak mereka membuat permohonan maaf hari ini.

€œKami dengan rendah diri memohon maaf kepada Rita Rudaini dan keluarga atas berita berkenaan yang kami dapati keterlaluan sehingga mengancam peribadi Rita sekeluarga”,€ katanya.

Menurut portal terbabit, mereka memperoleh berita berkenaan daripada carian google™ dan blog berkaitan.

€œKesilapan kami adalah terus menyebarkannya tanpa usul periksa mengenai kesahihannya. Artikel itu juga sudah dipadam,”€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2017 @ 7:51 PM