RITA bersama dua anaknya, Rayyan (kanan) dan Arjuna. FOTO Instagram Rita Rudaini
RITA bersama dua anaknya, Rayyan (kanan) dan Arjuna. FOTO Instagram Rita Rudaini

Kuala Lumpur: Pelakon, Rita Rudaini, 48, menafikan dia menghalang anak-anaknya bertemu dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Rita berkata, dia juga tidak menghasut mereka membenci bapa kandung mereka sebagaimana dakwaan segelintir netizen.

"Jasa bapa dia (Aidil) cuma bagi benih saja. Tiada masa saya nak hasut. Anak saya dah besar dan saya tanya Rayyan kalau tiba-tiba dia (Aidil) nak jumpa, Rayyan kata tak nak jumpa. Saya tak boleh nak paksa.

"Anda jangan menilai orang dari segi luaran. Buka mata, buka hati kena 'scan' betul-betul," katanya ketika ditemubual dalam program Melodi TV3, semalam.

Menurut Rita, dia meminta netizen di media sosial dan juga individu di luar supaya menjaga sensitiviti anak-anaknya yang kini hidup bahagia tanpa bertanyakan apa saja mengenai bekas suaminya itu.

Rita dan Aidil yang juga bintang bola sepak kebangsaan berkahwin pada 2008, namun bercerai talak satu pada September 2013.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2024 @ 11:49 AM