Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil peluang berniaga dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya pengusaha PKS dinasihatkan supaya tidak berputus asa dalam meneruskan aktiviti perniagaan yang mencabar ekoran PKP.

"Saya nasihatkan kepada mereka ini supaya ambil peluang dengan memulakan perniagaan dalam talian dan kemudian jangan berputus asa,"katanya kepada media selepas melawat perusahaan kuih kapit usahawan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Kampung Serting Hilir di sini, hari ini.

Beliau mengadakan lawatan sehari ke Jempol hari ini.

Hadir sama Pengerusi RISDA Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

Tengku Zafrul kemudiannya turut mengadakan lawatan ke projek Pusat Pembelajaran Digital di Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Serting Ilir.

Beliau turut menyerahkan sumbanhan 20 tablet kepada pelajar dan murid yang memerlukan peranti bagi proses pengajaran dan pembelaran di rumah (PdPR).

Tengku Zafrul (dua kanan) ketika lawatan di Pusat Komuniti Desa Kampung Serting Ilir. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Tengku Zafrul (dua kanan) ketika lawatan di Pusat Komuniti Desa Kampung Serting Ilir. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Februari 2021 @ 12:55 PM