PERSATUAN PKS Malaysia ggesa kerajaan mengutamakan syarikat e-dagang tempatan.
PERSATUAN PKS Malaysia ggesa kerajaan mengutamakan syarikat e-dagang tempatan.
BERNAMA

PERSATUAN PKS Malaysia menggesa kerajaan untuk mengutamakan syarikat e-dagang tempatan dalam pengagihan insentif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Presidennya, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata, dengan pasaran e-dagang Malaysia mula melonjak selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), peneraju tempatan perlu didahulukan bagi terus memacu industri e-dagang domestik ke hadapan.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan bekerjasama dengan syarikat swasta bagi memulakan Shop Malaysia Online untuk menggalakkan pembelian dalam talian dengan penawaran kod promosi termasuk pelbagai baucar diskaun melalui platform e-dagang.

Kempen ini yang akan dijalankan pada Ogos dan September menerima peruntukan RM70 juta yang akan disesuaikan dengan platform e-dagang yang mengambil bahagian.

"Walaupun kerajaan wajar dipuji untuk inisiatif ini, pelaksanaan amat penting memandangkan skim ini boleh secara paradoks menjadi 'senjata makan tuan' yang mungkin boleh membunuh pemain e-dagang tempatan disebabkan kekuatan syarikat asing," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2020 @ 7:10 AM