Masalah gerai dibuka bersepah!
Kuala Lumpur: Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan apabila peralatan gerai jualan tepi jalan tidak diangkat selepas tamat berniaga.
Keadaan itu bukan hanya mencacatkan pemandangan mata serta mengganggu laluan pejalan kaki, malah turut mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna.
Situasi ini dapat dilihat berdasarkan pemerhatian Harian Metro di sekitar Sentul, Batu Muda, Gombak, Bandar Tun Razak, Taman Tenaga, Salak Selatan serta Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini.