'Moga tiada lagi mangsa sama'
Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, syukur dan lega kerana kes ini akhirnya diberi perhatian serius serta diambil tindakan mengikut undang-undang. Perbicaraan mahkamah mungkin mengambil masa panjang namun saya sudah bersedia untuk menghadapinya," kata jurugambar profesional, Acacia Mardiana Daud, 31.
Dia sebelum ini menjadi mangsa hendap dan gangguan seksual dalam talian sejak lebih lapan tahun lalu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun.