Duka nestapa artis senja
'Kalau bayar murah sangat, baik duduk rumah saja'
Kuala Lumpur: Hanya terima tawaran antara RM200 dan RM150. Itulah jumlah bayaran pernah ditawarkan kepada pelakon veteran tanah air oleh segelintir penerbit untuk lakonan mereka dalam drama bersiri atau telefilem.
Angka 'semurah' itu ternyata amat menyedihkan namun itulah realiti yang berlaku dalam industri hiburan di Malaysia. Jika semakin berusia pelakonnya, bermakna semakin berkurangan pendapatan diperolehi.