Kasih si abang
Muar: Kasih abang demi pelajaran adik beradik. Itulah pengorbanan seorang lelaki yang sanggup menjual motosikal kesayangannya demi memastikan adiknya dapat menyambung pengajian di luar negara.
Bukan satu, tetapi sudah tiga motosikal kepunyaan bekas graduan Universiti Al-Azhar, Mesir, Muhammad Fudhail Mohd Hakim, 27, dijual sejak 2016 semata-mata mahu membiayai yuran pengajian dua adiknya, Fatimah Hanani, 22, dan Umar Suhail, 24.