Mahkamah tolak permohonan Syamsul lanjut perintah injunksi [METROTV]
Shah Alam: Permohonan pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pagi tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah yang memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) namun, difahamkan, Syamsul minta dikecualikan untuk hadir pada sebutan pertama kes itu hari ini.