Bahana susuk
Nenek kuat panjat pokok
Kuala Berang: Walaupun menjangkau usia emas, nenek 14 cucu ini masih memiliki tenaga luar biasa apabila mampu memanjat pokok buah-buahan untuk memungut hasilnya sebelum dijual.
Minah Omar, 71, dari Kampung Sekayu di sini, berkata, setiap kali tiba musim duku, dia memanjat pokok berkenaan untuk memungut buahnya supaya lebih tahan lama.
Menurutnya, walaupun berusia senja, dia masih ada kudrat memanjat pokok yang mana kebiasaannya kerja itu dilakukan kaum Adam atau orang muda.
'Mondy mengaku berbohong, semuanya demi wang' - Ustaz Derry
Kuala Lumpur: Pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman tampil membela rakan seperjuangannya Ebit Lew dan menyangkal dakwaan dilemparkan wanita dikenali Mondy Tattoo dalam rakaman temubual podcast bersama penyanyi rap, Caprice.
Derry berkongsi video di media sosial dengan mendedahkan mesej perbualan WhatsApp bersama Mondy atau nama sebenarnya Dita Restu Amanda.
Amah tempatan
Sebut mengenai pembantu rumah, pasti sinonim dengan wanita warga Indonesia dan negara jiran lain.
Buktinya ramai majikan di negara ini yang menggajikan pembantu rumah warga asing.
Hakikatnya ada juga warga tempatan yang mencari rezeki sebagai pembantu rumah meskipun memiliki kelulusan akademik.
Malah segelintir majikan kini lebih gemar memilih mereka berbanding warga asing bagi mengelak proses rumit.
Ikuti laporan wartawan Redzuan Muharam berhubung isu ini.
'Bukan mereka bagi saya makan'
Cadang tunjuk IC
MPM buat semburan berkala
Manjung: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil tindakan semburan lalat secara berkala bagi mengatasi masalah serangan lalat termasuk di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP).
Yang Dipertua MPM Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, semburan dilakukan setiap bulan dan boleh dikatakan setiap bulan ada aduan di BBSAP.
"Jadi, dalam sebulan antara dua atau tiga kali kita akan buat semburan.
Idea jahat lepasi tambak
Semangat anak perajurit!
'Happy birthday ke-24 Kak Ngah'
Kuala Lumpur: "Memang itu (ucapan ulang tahun kelahiran Nurin Jazlin) rutin saya setiap tahun, mana mungkin saya lupa tarikh 11 September Kak Ngah dilahirkan.
"Kalau Kak Ngah ada, tentu sekarang dia membesar menjadi anak gadis saya berumur 24 tahun," kata Jazimin Abdul Jalil.
Jazimin kembali mencuri tumpuan selepas memuat naik ucapan menyentuh hati bersama sekeping gambar Nurin Jazlin sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 di TikTok dan Facebook, Isnin lalu.