Oleh Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: "Saya dan Datuk Shafie (Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) sudah merayu untuk diberikan peluang dan ruang berucap (pada Perhimpunan Agung UMNO 2015), namun Majlis Tertinggi (MT) sudah buat keputusan.

"Itu amalan biasa, MT dah buat keputusan, apa lagi yang saya nak kata," kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau menyatakan rasa kurang bersetuju dengan keputusan itu memandangkan ia adalah amalan biasa iaitu Timbalan Presiden berucap.

Mesyuarat khas MT UMNO berkenaan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada isu pemecatan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 11:22 PM
Najib mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO malam tadi. FOTO Aizuddin Saad
Najib mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO malam tadi. FOTO Aizuddin Saad