PEMAIN pasukan Era 99 bergambar kenangan selepas muncul juara.
PEMAIN pasukan Era 99 bergambar kenangan selepas muncul juara.
Oleh Pretty Licha

Mukah: Pasukan Era 99 muncul juara kategori 13 hingga 18 Tahun Karnival Mini Sukan dan Futsal anjuran Kelab Integriti Usahanita Mukah (KIUM) selepas menewaskan Legend 90-an 5-4 pada final yang dilangsungkan di Stadium Perpaduan Dalat di sini, baru-baru ini.

Bagi kategori sama, Medvill Sakapus menduduki tempat ketiga manakala Kameda Mazdoza di tangga keempat.

Karnival berkenaan dianjurkan buat kali pertama oleh KIUM Dalat dan kategori 13 hingga 18 tahun disertai 10 pasukan iaitu Ajok Abak Bersatu, Kameda Mazdoza, Era 99, Mixvillian, Oya Square FT, Medvill Sakapus, Gemito Sapa’an, Putera Hanisa, BVB.Com dan M.D.G M.I.D.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Tadbir Negeri Sarawak, Pejabat Daerah Dalat Ismail Kasah.

Turut hadir, Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Karnival Mini Sukan dan Futsal KIUM Mero Abdul Talib serta ahli jawatankuasa, Rebecca Norbert Lee, Caroll Ormilla Sabarudin , Nurul Miza Aziera dan Waini Aip.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 10:00 AM