SUASANA juga perlu dipastikan supaya sentiasa kemas dan tanaman pula subur.
SUASANA juga perlu dipastikan supaya sentiasa kemas dan tanaman pula subur.
ILHAMKAN binaan taman dalam rumah yang ringkas dan selesa.
ILHAMKAN binaan taman dalam rumah yang ringkas dan selesa.

Tentunya masih ada pemilik kediaman buntu untuk memanfaatkan ruang kecil dalam rumah jika keluasan mengizinkan.

Anda yang mempunyai bajet tertentu boleh melantik pakar landskap supaya taman dalam kediaman sempurna.

Mengupah pakar juga melengkapkan impian untuk membina taman idaman tanpa perlu memeningkan kepala mencari hiasan atau barangan lain yang sesuai.

Reka bentuk dan kaedah pembinaan taman seharusnya mengambil kira faktor kegunaan ruang berkenaan untuk ahli keluarga berehat dan meraikan tetamu.

Bagaimanapun, taman dalam kediaman memerlukan reka bentuk landskap yang kemas dan ringkas.

Suasana di ruang ini juga mesti sentiasa kelihatan menarik dan segar kerana kedudukannya di dalam rumah serta tidak jemu walau dipandang sepanjang masa.

Pemilihan komponen dan elemen taman seperti kolam, jenis pancuran, saiz pelantar dan pengunaan aksesosi taman yang sesuai penting.

Penggunaan elemen landskap lembut dan kejur digabungkan supaya penataan sempurna dapat diwujudkan bagi memastikan ia menepati konsep sebenar.

Begitu juga dengan pemilihan tumbuhan yang menghias taman dalam rumah yang hakikatnya menerima cahaya matahari yang terhad.

Antara yang dicadangkan ialah jenis pokok berpasu yang dapat hidup subur tanpa perlu cahaya matahari yang banyak.

Tidak ketinggalan pemilihan lampu pula perlu memberi impak yang menarik apabila dipasang pada waktu malam.

Bagi mendapat kesan bunyi pancuran yang sesuai dengan suasana sekeliling, pilih kolam air berpancuran saiz sesuai dan praktikal.

Penggunaan elemen air begitu sinonim dengan suasana yang lebih segar dan menenangkan.

Ia bagi melengkapkan ruang santai privasi seisi keluarga saban waktu. Ia secara tidak langsung berfungsi sebagai titik fokal taman dan pancuran air mini menambahkan suasana tenang di situ.

Bagi mengurangkan kesan pemandangan yang terlalu ringkas atau polos, kemasan bertekstur dengan warna yang lebih semula jadi banyak membantu menyerlahkan taman.

Penggunaan kayu resak sebagai pelantar utama dan kedua menyerlahkan persekitaran taman kecil ini supaya kelihatan lebih lembut kerana ruang ini dikelilingi konkrit kaca telus sebagai kemasan dinding.

Penggunaan batu sungai hitam sebagai laluan ke taman itu diserikan dengan kehadiran batu pemijak daripada batu semula jadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 2:12 AM