IDEA laluan taman yang praktikal.
IDEA laluan taman yang praktikal.
PENYEJUK taman dengan air berpancuran daripada susun atur buluh secara kreatif.
PENYEJUK taman dengan air berpancuran daripada susun atur buluh secara kreatif.
BIDAI buluh untuk ruang atau sudut taman lebih privasi.
BIDAI buluh untuk ruang atau sudut taman lebih privasi.
TAMPILKAN keceriaan dengan mengecat bekas terbuang dalam pelbagai warna dan susun menarik bersama bunga-bungaan.
TAMPILKAN keceriaan dengan mengecat bekas terbuang dalam pelbagai warna dan susun menarik bersama bunga-bungaan.
PANORAMA berbeza ini mampu mengubah taman anda.
PANORAMA berbeza ini mampu mengubah taman anda.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Meluangkan masa di taman sepanjang Ramadan ini antara langkah yang membolehkan anda menampilkan sesuatu sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Tidak hanya memberi tumpuan kepada menyiapkan kuih-muih dan dekorasi ruang dalaman semata-mata kerana perkara pertama yang ditatap tetamu adalah taman.

Persepsi taman sempurna dan menarik adalah subjektif serta bergantung kepada pelbagai aspek.

Tidak kira seluas mana pun taman yang anda cipta, perkara paling utama ialah elemen sejuk mata memandang dan kena dengan gaya atau konsep pilihan.

Dalam kemajuan teknologi dan arus kemodenan, penggemar landskap mudah mendapatkan maklumat untuk mencipta taman idaman.

Menurut pakar landskap, Norlukmal Mat Ghani, jika bijak menilai sesuatu barangan terbuang dan kreatif mengolahnya menjadi elemen hiasan taman yang berlainan fungsi, pasti hasilnya menarik dan eksklusif.

“Memang ada beberapa panduan tertentu dalam mencipta taman mengikut konsep pilihan tapi latar landskap yang anda ilhamkan secara kreatif lebih bermakna dan menjadi idea peribadi.

“Sudah tentu aspek keselesaan dan keselamatan perlu menjadi keutamaan.

“Dapatkan seberapa banyak maklumat land­skap supaya kesempurnaan taman tidak bersifat sementara,” katanya.

Katanya, jika buntu dan mempunyai bajet tertentu untuk binaan taman, penggunaan bahan terbuang atau kitar semula antara alternatif terbaik.

Daripada batu-batuan kecil, ranting kayu hingga pecahan pasu yang terbuang, semuanya mampu mengubah suasana taman menjadi lebih menarik.

Ia juga mungkin membabitkan binaan laluan taman yang boleh dibentuk secara spontan. Antaranya corak laluan mengikut keadaan taman, laluan natural dan refleksologi.

“Ditambah idea pemilihan tanaman sesuai yang mudah diselenggara, ia membuatkan taman kekal berseri,” katanya.

Penggunaan pasu kitar semula untuk tanaman khususnya pokok bunga membuatkan ramai teruja dengan keunikan dan keistimewaannya.

Ia mampu mengilhamkan idea kepada sesiapa saja untuk menzahirkan penggunaan produk kitar semula di landskap masing-masing.

“Anda boleh menggunakan pasu daripada tayar terbuang, bekas tin, botol plastik, bakul atau kasut terpakai.

“Bentuk botol ini yang mempunyai pemegang menjadikannya mudah untuk digantung.

“Ia juga sesuai diketengahkan untuk pelbagai jenis tanaman lain seperti sayur-sayuran dan herba terutama ruang taman yang sempit,” katanya.

Di samping itu, cipta juga kelainan pada taman dengan menjadikan bahan seperti buluh sebagai pelengkap taman.

Kreatifkan dengan menjadikannya sebagai elemen dalam mencipta privasi di taman. Idea menarik jika menjadikan buluh sebagai bidai buatan sendiri dan elemen utama untuk air berpancuran.

Namun, pastikan pasu kitar semula ditanam anda itu mempunyai saliran yang baik bagi membolehkan ia kekal menarik dan tidak terganggu tumbesarannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:06 AM