Kita mungkin tidak merasai rasa kurang selesa sewaktu tidur sekiranya kita sendiri yang berdengkur. Orang yang merana adalah individu di sekeliling kita kerana terpaksa melayan ‘pencemaran bunyi’ anda.

Masalah berdengkur ini bukanlah sejenis sindrom yang berbahaya, cuma ia mengganggu waktu tidur orang lain dan untuk pengetahuan, ia tidak hanya menyerang kaum lelaki bahkan wanita juga.

Gen Y cadangkan lima cara terbaik bagaimana anda boleh mengatasi masalah berdengkur secara semula jadi.

Tukar posisi

Perhatian kepada anda yang gemar tidur ‘menelentang’. Itu sebenarnya adalah posisi paling teruk untuk mereka yang berdengkur. Oleh itu, tukar posisi tidur anda dengan mengiring ke tepi. Ia akan mengurangkan tekanan ke atas tekak dan lidah kerana geseran antara lidah dan tekak sewaktu telentang itulah sebenarnya sebab utama masalah berdengkur.

Mandi sebelum tidur

Kebanyakan daripada kita lebih gemar mandi awal kerana takut diserang paru-paru berair. Tetapi, apa yang anda tidak tahu, mandi air panas sebelum tidur dapat membuka rongga hidung (saluran pernafasan anda). Ini kemudian dapat memberi kualiti tidur yang lena tanpa dengkuran kuat kerana saluran hidung yang tersekat menyebabkan seseorang berdengkur.

Basuh bantal

Serangga mikro yang tidak boleh dilihat dengan penglihatan kasar manusia sebenarnya berkeliaran dan membiak di tempat tidur terutamanya bantal. Selain penyebab alahan, hama juga menjadi punca masalah berdengkur. Hama akan menyumbat saluran rongga hidung anda. Lebih teruk, tanpa disedari binatang halus itu merayap-rayap di permukaan kulit dan kepala anda.

Bersihkan kipas dan bantal sebelum tidur, Jangan lupa tukar sarung bantal dan cadar dua minggu sekali agar kebersihannya terjamin. Tip mudah, panaskan sarung bantal dan cadar anda di dalam pengering diikuti putaran lembut untuk mematikan sisa kuman dan hama yang melekat.

Guna jalur hidung

Jalan mudah, boleh gunakan jalur hidung yang dijual di farmasi dengan harga berpatutan sebagai alat bantuan. Ia pastinya mengurangkan dengkuran ketika tidur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 1:06 AM