HISHAMMUDDIN (tengah) turut sama menyediakan 'Survival Kit' pada Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan bersama Media Prima. Turut membantu timbalannya, Datuk Mohd Johari Baharum (dua kanan) dan Abdul Jalil (dua kiri). FOTO Bernama
HISHAMMUDDIN (tengah) turut sama menyediakan 'Survival Kit' pada Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan bersama Media Prima. Turut membantu timbalannya, Datuk Mohd Johari Baharum (dua kanan) dan Abdul Jalil (dua kiri). FOTO Bernama
Oleh Asmah Rusman


Kuala Lumpur: Sebanyak 2,000 beg Survival Kit yang mengandungi barangan kebersihan diri dan ubat-ubatan diagihkan kepada mangsa banjir dalam majlis pelancaran Program Jiwa Murni (PJM) Kerjasama Kementerian Pertahanan dan Media Prima Berhad (MPB).

MPB membelanjakan sebanyak RM300,000 melalui dana Tabung Bencana Media Prima yang disumbangkan orang ramai untuk menyediakan barangan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, MPB mempunyai kredibiliti hebat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan rakan kongsi terbaik untuk menjayakan hasrat murni berkenaan.

"Saya harap kerjasama seperti ini menjadi contoh kepada pihak berkepentingan termasuk syarikat korporat dalam usaha membantu rakyat yang ditimpa kesusahan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan program berkenaan di Dewan Seroja, Kem Kementah, hari ini.

Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata, Tentera Darat (TD) sudah menggerakkan formasi 10 Bridged dan satu Divisyen bagi membantu mangsa banjir di Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 1:53 PM