LOO (kiri) bersama kakitangan menunjukkan promosi terbaru Pizza Hut, Triple Box.
LOO (kiri) bersama kakitangan menunjukkan promosi terbaru Pizza Hut, Triple Box.

Pizza Hut Malaysia kini menawarkan lebih kepel­bagaian dalam inovasi terbaru, Pizza Hut Triple Box bersama hidangan pencuci mulut yang menyelerakan iaitu Kek Coklat Moist Pizza Hut ditambah dengan dua pilihan piza saiz biasa mengikut pilihan pelanggan pada harga RM49.90.

Pelanggan boleh memilih mendapatkan tiga jenis piza saiz biasa pada harga sama bagi memberi nilai lebih hebat.

Pizza Hut Triple Box boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang manakala pelanggan yang ingin menikmatinya di restoran boleh memilih tawaran Triple Feast iaitu gabungan hidangan yang enak dan menyelerakan.

Pengurus Besar Pizza Hut Delivery, Jerry Loo berkata, Pizza Hut Triple Box menampilkan tawaran yang bakal menarik perhatian mereka yang datang secara berkumpulan dan sentiasa mencari nilai terbaik tanpa perlu menjejaskan kualiti dan pilihan masing-masing.

“Mereka yang sudah berkeluarga pasti tertarik dengan promosi ini kerana mereka boleh menikmati piza mengikut cita rasa masing-masing, dipadankan pula dengan Kek Coklat Moist ciptaan Pizza Hut sendiri.

“Kami ingin menawarkan pelanggan dengan kepelbagaian cita rasa pada harga terbaik. Selain hidangan piza yang lazat, kami juga berpuas hati kerana dapat memberikan pelanggan kami lebih nilai dan penjimatan,” katanya.

Pizza Hut Triple Box kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh terhad bermula dari 3 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 5:01 AM