LOW (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Pemasaran Pizza Hut Delivery Sdn Bhd, Jerry Loo (dua dari kanan) bersama kakitangannya menunjukkan Pizza Hut Big Double Box.
LOW (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Pemasaran Pizza Hut Delivery Sdn Bhd, Jerry Loo (dua dari kanan) bersama kakitangannya menunjukkan Pizza Hut Big Double Box.

Petaling Jaya: Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) dan lebih 20 vendornya sedang memantau rapi impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Pengurus Besar Kanan Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery, Low Kang Moon berkata, rangkaian restoran itu sudah menubuhkan satu pasukan terdiri daripada wakil pelbagai jabatan syarikat untuk membuat analisis impak cukai serta prosedur berkaitan.

“Pizza Hut sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan kami percaya vendor kami juga akan mengambil langkah sama,” katanya selepas merasmikan ‘Pizza Hut Big Double Box’ baru, semalam.

Mengulas kadar GST, beliau berkata, masyarakat akan terbiasa dengan kadar baru sistem cukai itu dan faedahnya kepada negara.

Sementara itu, Pizza Hut Big Double Box baru itu mengandungi dua keping piza yang disusun di dalam kotak dua tingkat bagi memberi lebih kepuasan dan nilai kepada pelanggan.

Promosi baru Pizza Hut didatangkan di dalam kotak empat segi baru berwarna ungu dan menawarkan dua jenis piza pada harga RM30 (saiz biasa) dan RM48 (saiz besar).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:01 AM