Skuad Projek 2016 gagal meraih tiket ke Piala Dunia Remaja 2016 selepas tewas kepada Korea Selatan menerusi penentuan penalti. FOTO Farizul Hafiz Awang
Skuad Projek 2016 gagal meraih tiket ke Piala Dunia Remaja 2016 selepas tewas kepada Korea Selatan menerusi penentuan penalti. FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Saiful Affendy Sapran


Kuantan: Skuad Projek 2016 gagal meraih tiket ke Piala Dunia Remaja 2016 selepas tewas kepada Korea Selatan menerusi penentuan penalti 1-4 selepas kedua-dua pasukan seri 3-3 pada perlawanan suku akhir Piala Remaja Asia di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini, petang tadi.

India secara automatik sudah layak beraksi di Piala Dunia Remaja selaku tuan rumah, manakala tiga lagi pasukan yang beraksi di separuh akhir mengesahkan tiket ke saingan berprestij itu.

Skuad negara bermula baik apabila di depan menerusi pukulan sudut penalti Shahril Saabah pada minit ke-6.

Pasukan bimbingan Arul Selvaraj menambah gol kedua hasil jaringan padang Muhammad Sufi Ismat Rohulamin pada minit ke-31.

Bagaimanapun, Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Kim Ho Min minit ke-59.

Muhd Haziq Samsul menambah gol ketiga minit ke-63 tetapi Sim Jae Won merapatkan jurang hasil gol padang minit ke-68.

Yoo Han Young menyamakan kedudukan hasil gol padang pada minit terakhir perlawanan untuk mengheret perlawanan ke penentuan pukulan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 8:26 PM