Oleh Sarah Zulkifli


Ampang : Penuntut kolej berusia 18 tahun yang dikaitkan dengan video menunjukkan lelaki berbogel melakukan onani di bahagian belakang rumah jirannya di Pandan Indah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengganggu kesantunan wanita berusia 47 tahun.

Tertuduh, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Zulyana Zollkapli sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengaibkan kehormatan wanita itu dengan cara menunjukkan kemaluannya, 12.20 tengah malam pada 7 November lalu.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,500 dengan seorang penjamin dan 8 Disember ini sebagai sebutan semula.

Baru-baru ini, rakaman CCTV itu viral di media sosial yang menunjukkan lelaki tanpa pakaian muncul dari semak di bahagian belakang rumah dan berjalan ke tingkap dapur rumah jiran sebelum mengusap-usap kemaluan sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 2:55 PM
PENUNTUT kolej mengaku tidak bersalah. FOTO Muhamad Allyme
PENUNTUT kolej mengaku tidak bersalah. FOTO Muhamad Allyme