Petaling Jaya: Projek pembangunan di sekitar ‘River of Life’ akan menyaksikan pembabitan pemaju awam dan swasta dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Ketika ini, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menilai pembahagian tanah sebelum ia mulai dijual kepada pemain industri yang berminat.

Pengarah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Moden Awam PEMANDU Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, sebelum ini tanah di lokasi berukuran 300 ekar di sekitar pusat bandar itu dibekukan bagi memberi ruang kepada pembersihan sungai sepenuhnya.

“Kita akan melihat secara keseluruhan keperluan pembangunan di ROL bagi membolehkan penjualan yang mampu membawa pembangunan yang bersesuaian.

“Sebelum ini kita belum memuktamadkannya kerana masih dibekukan dan dalam tempoh enam bulan dari sekarang kita akan membabitkan pemaju dalam ROL,” katanya pada sesi bual bicara ‘Banking on The River of Life - Business and Opportunities’, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:02 AM