FOTO Syahirah Abdullah
FOTO Syahirah Abdullah
Oleh Helmy Abd Rahman dan Zatul Iffah Zolkeply

Hulu Terengganu: Empat lelaki ditahan selepas polis menemui daun ketum belum diproses 46 kilogram dan 911 pil disyaki dadah dalam MPV dinaiki mereka, hari ini.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hussin Deraman, berkata suspek berusia 29 hingga 45 tahun itu ditahan dalam Operasi Khas di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, di sini, 1.30 petang.

Mereka pada mula ditahan kerana memandu melebihi had laju.

Tapi, polis mendapati kenderaan MPV itu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dari Singapura terus melakukan pemeriksaan lanjut.

“Polis menemui tiga ayam sabung dalam kenderaan berkenaan," katanya, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Hulu Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 9:03 PM