Dadah yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki di Kampung Machang, Ajil. FOTO IHSAN POLIS
Dadah yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki di Kampung Machang, Ajil. FOTO IHSAN POLIS
Zatul Iffah Zolkiply


REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditahan bersama pil kuda bernilai RM3,000 pada kejadian di Kampung Machang, Ajil di sini, 9.40 malam semalam.

Terdahulu, suspek yang menunggang motosikal diarahkan berhenti untuk pemeriksaan namun memecut ke arah Kampung Machang, Ajil.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian, anggota MPV sedang melakukan pemantauan bersama dua anggota tentera.

"Suspek bagaimanapun dapat ditahan tidak lama kemudian dan pemeriksaan pada motosikalnya menemui pil terbabit.

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut," katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.

"Suspek turut disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020, Seksyen 39 A(1) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 April 2020 @ 10:33 PM