Mustapa akan buat pengumuman mengenai dokumen TPPAdimuat naik di laman web MITI  petang ini. FOTO arkib NSTP
Mustapa akan buat pengumuman mengenai dokumen TPPAdimuat naik di laman web MITI petang ini. FOTO arkib NSTP
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Kandungan dokumen lengkap berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka boleh diakses oleh orang ramai melalui laman web rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam tempoh 24 jam.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika sesi penggulungan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

"Dokumen itu mengandungi 30 judul berkaitan TPPA akan dimuat naik di laman web kementerian dalam tempoh 24 jam dan saya akan membuat pengumuman mengenainya petang ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan akui TPPA menimbulkan perdebatan ramai pihak termasuk kebimbangan negara akan dijajah apabila menandatanganinya.

Katanya, Malaysia bukan seperti 100 tahun dulu, sebaiknya berkembang maju dalam pelbagai aspek khususnya menerusi dasar ekonomi terbuka yang diamalkan.

"TPPA ini ditandatangani oleh 12 negara, kalau (dikatakan) Malaysia kena 'cucuk hidung', samalah dengan negara seperti Jepun dan Australia," katanya.

Beliau berkata, TPPA sebaliknya bakal memberi manfaat besar kepada pembangunan ekonomi negara termasuk menjana peluang pekerjaan barudalam syarikat multinasional.

"Kita boleh kritik, namun mesti berlaku adil. Kita perlu akui ada kekurangan," katanya.

-tamat-12

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 3:28 PM