BARACK Obama. FOTO AFP
BARACK Obama. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggesa negara ASEAN menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menurutnya, AS bersedia melaksanakan TPPA kerana ia mampu memperkukuhkan ekonomi dan tenaga kerja secara strategik.

"TPPA adalah pelaburan jangka panjang dan perkongsian antara komuniti.

"Ia membina kepercayaan antara negara, membangunkan perdagangan dan memperdalamkan kerjasama," katanya pada ucaptama Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 11:19 AM